Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan dan destinasi perlancongan yang terkenal dengan makanan laut segar, penghijrahan burung laut, kelip-kelip dan lokasi memancing. Kuala gula terletak dalam daerah Kerian. Bandar yang terdekat ialah Kuala Kurau. Disini pelbagai aktiviti anda boleh lakukan. Jika anda peminat memancing, jangan lepaskan peluang untuk memancing ikan sembilang. Ikan sembilang sangat popular yang mana boleh terdapat di kedai-kedai makan sekitar Kuala gula dan Kuala kurau. Selain dari itu Kuala Gula amat terkenal dengan kebanjiran pelancong asing bagi menyaksikan penghijrahan burung-burung laut. Jika ingin bermalam, Sanctuary Resort adalah jawapan terbaik. Dengan bilik yang selesa yang dibina diatas air sememangnya menjanjikan pengalaman baru bagi anda. Anda juga boleh berhubung dengan pihak resort untuk mengetahui pelbagai lagi aktiviti menarik di Kuala Gula.

   chalet    restoranTerapung

Ban Pecah menyajikan  pemandangai tepian laut yang luas terbentang. Dataran Ban Pecah  ini dari Kuala Kurau Hingga ke Tanjung Piandang yang mana kawasan ini menjadi tumpuan pelancong pada hujung minggu untuk memancing dan bersantai bersama keluarga. Disini turut terkenal dengan Mee Udang, laksa udang lipan dan Mee Berasap. 

Nama Ban Pecah ini di ambil sempena suatu tragedi yang mana ban atau benteng yg memisahkan laut dan kawasan penduduk telah pecah. Keadaan ini menyebabkan seluruh kampung itu di tenggelami air. Kini kesan kampung yang di tenggelami itu masih boleh lagi di lihat apabila air laut surut.

 

 

   .banpecah    banpecah2

Pekan Ahad


pekan ahad2

   Lokasi : Sungai Gedung

 

Jika anda berkunjung kesini jangan lupa untuk singgah di Pekan Ahad. Disin anda

boleh mendapatkan pelbagai makanan dan kuih tradisi yang jarang-jarang dijumpai

di tempat lain. Selain itu, ikan sawah dan ikan sungai juga ada dijual disini. 

 

Bukit Merah terletak dibawah Mukim Beriah yang mana jaraknya dengan Pusat Internet 1Malaysia Batu 14 Teluk Medan hanya 20km, dan menggambil masa hanya 25 minit. Bukit Merah merupakan tempat perlancongan yang amat terkenal dengan hamparan luas Tasik Bukit Merah. Keluasan tasik dianggarkan 40km persegi itu menjadikan ia sebuah lokasi tumpuan pelbagai aktiviti pertanian, perikanan dan perlancongan.

Bukit Merah sememangnya terkenal dengan Lake Town Resort yang mana menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Amat sesuai untuk sesiapa yang mahukan percutian yang menyeronokkan. disini anda boleh melakukan pelbagai aktivi yang disediakan oleh pihak resort. Antaranya Taman Tema Air, Pulau Orang Utan dan Eco Park yang menarik.

Selain itu anda boleh melakukan aktiviti memancing, merasai makanan penduduk tempatan. Bukit Merah juga sangat terkenal dengan industri perikakan iaitu penternakan Ikan Arowana. 

 

bktMerah2   bktMerah3   bktMerah4

bktMerah9   bktMerah8   bktMerah12