Kami dari PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA Batu 14 Teluk Medan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua.Untuk Makluman semua,PI1M akan tutup pada 24 Jun 2017 - 27 Jun 2017 sempena Sambutan Aidilfitri 2017 & beroperasi semula mulai 28 Jun 2017.Harap Maklum & Terima Kasih.

selamat-hari-raya 2017edit

PI1M DASHBOARD merupakan satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat sekitar Pusat Internet 1Malaysia ( PI1M ). Ia mengambil kira keperluan komuniti setempar dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Penggunaan aolikasi ini diharap dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar.

Antara kelebihan yang terdapat dalam Dashboard adalah:

* Menyediakan pengisian kandungan maklumat kepada komuniti tempatan.
* Menjadi tempat mendapatkan maklumat komuniti terkini.
* Menjadi tempat proses jual beli barangan secara atas talian.
* Membantu proses pembelajaran pelajar.
* Menyediakan saluran komunikasi antara komuniti dan penguatkuasa tempatan.
* Menyediakan satu saluran pihak sekolah untuk mendekati komuniti.
* Menyediakan tempat pemeriksaan tahap kesihatan komuniti setempat.

Bagaimana untuk akses masuk ke aplikasi Dashboard?
* Anda boleh pergi ke Pusat Internet 1Malaysia
* Atau anda boleh terus melayari link http://dashboard.pi1m.my
* Atau download android version untuk aplikasi dashboard dengan menaip dashboard pi1m

Kami amat berharap agar semua dapat menggunakan aplikasi Dashboard ini. Sebarang pertanyaan boleh terus rujuk kepada Pusat Internet 1Malaysia yang terdekat

dashboard

Calon-calon Warganegara Malaysia yang berminat dan berkeyakinan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan PENOLONG PENGURUS bagi projek PI1M secara kontrak kepada syarikat MSD Digital Intelligence Sdn Bhd yang dilantik sebagai penyelaras projek. 

Lokasi Kekosongan : PI1M Batu 14 Teluk Medan,Dewan Orang Ramai Batu 14 Teluk Medan, Bagan Serai, 34300 Kerian, Perak

* Bagi yang berminat sediakan RESUME SAHAJA dan dihantar melalui emel ke alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

* Tarikh Tutup 25 September 2016

Untuk Keterangan lanjut boleh rujuk pada poster yang 
dilampirkan .

jawatan kosong

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Batu 14 Teluk Medan, Perak, mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal kami. Pihak kami amat mengalu-alukan kunjungan dan kehadiran anda semua ke Pusat Internet 1 Malaysia Batu 14 Teluk Medan  bagi merancakkan lagi program yang dianjurkan serta menyokong projek ini.

                                                                                                                                                                 

Pusat Internet 1 Malaysia merupakan projek kerajaan  yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) dan diuruskan sepenuhnya oleh MSD Digital Intelligence Sdn  Bhd. Objektif utama penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia adalah untuk merapatkan jurang digital di kalangan penduduk  luar bandar agar seiring dengan pengetahuan ICT penduduk bandar. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia turut memberi pendedahan  dan program latihan ICT  kepada masyarakat setempat agar mereka dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan kerajaan tanpa mengira had umur. Secara tidak langsung, hal ini dapat meningkatkan taraf ekonomi dan taraf pengetahuan ICT dalam kalangan masyarakat setempat.