Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Batu 14 Teluk Medan terletak di dalam Mukim dan Parlimen Bagan Serai. Manakala Dewan Undangan Negeri pula, Teluk Medan terletak dibawah DUN Selinsing. Keluasan keseluruhan kampung  ialah 588 hektar. Aktiviti ekonomi utama penduduk adalah penanaman padi, dan diikuti kepala sawit dan limau barli. Selebihnya bekerja di sektor kerajaan dan swasta. Bandar terdekat ialah Bagan Serai yang mana jaraknya hanya 8 KM. Bandar Bagan Serai lengkap dengan kemudahan seperti bank, bangunan kerajaan, kompleks sukan, dewan 2 buah, pasar basah, stesen bus dan teksi, pasaraya dan lain-lain.

 

Sungai Gedung adalah pekan kecil yang terdekat yang mana sempadan pemisah antara Teluk Medan hanya dipisahkan oleh Sungai Kerian.  Pekan pagi ahad (Pekan Ahad)  sememangnya tidak asing lagi bagi penduduk Teluk Medan dan orang luar untuk datang berkunjung bagi mendapatkan keperluan harian. Yang uniknya, Pekan ahad ini telah wujud  sebelum merdeka lagi. Waktu itu, nilai matawang Kepiang masih wujud lagi. Nilai Kepiang lebih kecil dari 1sen (1 Kepiang = suku sen).