Kisah kejayaan yang kami ingin kongsikan di sini adalah seorang warga emas yang bernama Encik Othman bin Kandar.Beliau merupakan seorang Pengerusi Kampung Parit Ali Kalang serta merupakan seorang petani yang berumur 66 tahun.Sejak Pusat Internet 1 Malaysia mula beroperasi,belaiu adalah antara peserta yang kerap datang untuk hadir ke latihan ict yang dibuat oleh PI1M.Pada mulanya beliau merupakan seorang yang tidak tahu apa-apa tentang cara untuk mengendalikan komputer,tetapi dengan kesabaran dan ketekunan untuk mempelajari,kini beliau dapat mengetahui tentang cara untuk membuka dan menutup komputer dengan cara yang betul.Beliau juga dapat mengenali software dan hardware,input dan output serta dapat mempunyai peningkatan kemahiran dalam menaip dengan cara yang lebih cepat melalui perisian Microsoft Word dan Excel.

Kini setelah beliau habis kesemua modul dan pembelajaran,beliau dapat membuat kerja-kerja menaip surat dan minit dengan sendirinya tanpa bantuan dari orang lain.Usaha dan kecekalan yang ditunjukkan membuahkan hasil.Usia bukan penghalang untuk kita mempelajari sesuatu perkara yang baru.